Mutiara Kata

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA

Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kamiMERASAKANNYA

Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA

Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampuBERTAHAN.

Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, makaILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...

~ABU RIDHWAN~

BUK@N SEN@Ng naK bUat Blog

BUK@N SEN@Ng naK bUat Blog
BuK@N SeN@Ng NaK bu@t BLOG -Cub@ itu lebiH bAikK d@riP@d@ beRtaPa

Sunday 8 April 2012

dari ibu dan ayahmu


surat dari hati ibu dan ayah
dengan nama ALLAH S.W.T yang Maha PengasihNya dan yang Maha PenyayangNya….

bacalah dgn teliti…….


Apabila kami sudah tua,

kami berharap engkau akan memahami dan akan bersabar dengan kami,

jika kami ada membuat kesilapan,

tiada yang lain yang kami harapkan dari kamu semua melainkan  engkau tidak akan mengherdik

kami.

orang tua sememangnya lebih mudah tersentuh malah terasa hati,

kasihinilah kami sepertimana  engkau  mengasihani diri engkau sendiri.

apabila kami membilang usia,engkau pula bertambah dewasa,jiwa merdekamu kian meresap,

tetapi ingat lah,ketika itu pendengaran kami,malah pandangan kami semakin terjejas dan kabur,

sudah menjadi kebiasaan pada ketika itu…pergerakan mulutmu tidak kami mengerti….susuk

tubuhmu

sukar kami kenali,juga kata2 mu tidak kami dengari.

maka yang paling kami ingini….mulut mu tidk lancer mengeluarkan kata2  

“pekak orang tua nie!!!”,

“bute orang tue nie”,

 kerana ketika itu….
sudah tiada daya kami mendengar,
sudah tiada daya kami  melihat,
pancaindera yang diberi semakin hilang nikmatnya…
mungkin itu persedian bagi kami untuk hilang kesemuanya…..
oleh itu…..


maafkan kami anakku,kami  tiada daya,kami semakin tue…



Apabila kaki dan lutut kami semakin lemah,

kami berharap engkau punyai tahap kesabaran untuk

membantu kami berdiri sepertimana kami membantumu semasa engkau kecil,

masih kami ingat saat itu….tidak pernah dan tidak akan kami lupakan…..

ketika itu engkau betol2 bersemangat belajar  berjalan….
tidak pernah kami halangimu untuk terus mencuba…..

malah kami cuba membantu…

bersabarlah dengan kami ……

bila kami asyik mengulangi cakap yang sama,

kami berharap engkau terus setia mendengar kata2 kami,

jangan mempersendakan kami….

jauhkan dari kejemuanmu mendengar kata2 kami

jika ketika itu kamu mengerti…..

ketika kecilmu….ohh….cantik paras rupamu…penyejuk mata kami…..

jika  engkau masih ingat…………

ketika itu engkau masih kecil dan mahukan sesuatu,
engkau asyik mengulangi kehendakmu hingga beroleh apa yang kamu inginkan

kami mengharapkan kesabaran yang sama dari mu.

apabila kami sering marah dan merajuk,semua itu kerana kami semakin tua,

mungkin engkau akan faham kelak.



wahai anakku,


Andai engkau miliki masa terluang,

kami berharap keberadaanmu disisi,menjadi teman kami bersembang….

kan kemudahan sekarang makin maju~

 ckup dengan mendengar suaramu

atau melihat raup wajahmu di peti kaca….didalam skrin tidak bernyawa……

asalkan kami dapat bersembang dgn mu…..

jika boleh dipegang jasadmu…alangkah gembiranya hati kami…..

kami berharap kita dapat bersembangwalaupun seketika.

kami selalunya bersendirian sahaja tanpa teman untuk berbicara.

kami tahu engkau sibuk kerana kami juga pernah melalui detik sepertimu dulu….

tapi masa untukmu tidak pernah kami lupakan….

sentiasa kami mencari waktu agar engkau ada masa bersama kami

walaupun engkau tak berminat dengan cerita kami,

tapi tolonglah luangkan sedikit masamu untuk kami.

seperti suatu masa dahulu,kami mendengar semua cerita2 mu……


wahai anakku,


apabila sampai masa kami terlantar uzur,

kami berharap engkaulah yang menjaga kami,

kami juga berharap engkau akan bersabar menjaga kami,

maafkan kami jika kami mengotori tempat tidur

kerana …….

tidak gagah untuk ke tandas sendirian,

 kami berharap kesabaran engkau menjaga kami di saat-saat akhir hidup kami.

kami takkan bertahan lama lagi


wahai anakku,


sesuatu yang amat kami harapkan dari engkau….

jika matinya kami,

mandikanlah kami dengan penuh kasih sayangmu,jangan engkau serahkan tubuh kami

kepada mana2 pihak yang tidak kami kenal,

memang mereka akan memandikan kami sesempurna mungkin tapi………..

 aib kami tiada jamin untuk mereka jaga sesempurna engkau menjaga aib kami,

walaupun sesempurna mana mereka memandikan kami,

lebih sempurna lagi jika engkau sendiri yang memandikan kami,

alangkah bahagianya kami sekiranya engkau sendiri yang mengkafankan kami,

satu perkara yang teramat kami idamkan adalah,

engkau sendiri yang mengimami solat untuk kami .

diharapkan dapat kamu imamkan,

cuba engkau bayangkan….sekiranya orang lain yang mengimami solat jenazah kami,

berapa minit sangatkah yang akan dihabiskan untuk solat itu?,

berapa lamakah doa yang akan ditadahkan?,

panggilan apakah yang akan diberi ketika menanyakan jemaah  tentang

pandangan mereka terhadap mayat kami?...

adakah macam ini??.......

“apakah yang  kamu pandang terhadap ini mayat?”

adakah macam tu yang kamu mahu….atau,

ketika mana kamu bertanya kepada jemaah lain….

“apakah yang kamu pandang terhadap mayat ayah/ibu saya???....”

cukup berbeza anakku…..

mayat atau ayah/ibu….

pilihlah anakku….

tetapi kami berharap…….

kamu memilih untuk mengimami solat jenazah kami…



jangan bimbang anakku,

insyaallah apabila nanti kami menghadap Pencipta kami,

akan kami pohon Rahmat dan RahimNya untukmu

yang telah menyayangi dan mengasihi orang tuamu,

terima kasih atas belaian yang engkau kembalikan kepada kami.

jangan tinggal solat,

kami amat menyayangimu………..

dari ibu dan ayahmu